Bangi Bandar Ilmu Bandar_Baru_Bangi

Pada 22 Jun 2008, Bangi Bandar Ilmu telah dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hasil inisiatif Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar sejajar dengan hasrat kerajaan negeri yang sedang memulakan Program Jejak Ilmuwan di negeri Selangor pada masa itu.[3]

Hasrat menjadikan Bandar Baru Bangi sebagai bandar yang terus berfungsi melahirkan generasi `Iqra` dan penempatan yang menepati `Baldah Tayyibah wa Rabbun Ghafur`, sekali gus sebagai Bandar Al-Baladil Amin`. Ini selaras kedudukannya dengan dikelilingi pelbagai institusi pengajian tinggi diantaranya:

Dengan pemasyhuran Bangi Bandar Ilmu diharap dapat menyemarakkan lagi aktiviti penerokaan dan pencambahan ilmu di kawasan ini. Dengan itu juga diharap lebih banyak jalinan kerjasama dapat diwujudkan di kalangan pelbagai institusi pengajian tinggi, tokoh ilmuan, badan berkenaan, masjid dan surau serta institusi agama demi meningkatkan imej Bangi sebagai bandar ilmu. Pengisiannya juga tentu sekali akan turut membabitkan pelbagai wacana ilmiah, agama, budaya serta isu semasa serta penghasilan bahan penerbitan sebagai rujukan untuk generasi masa depan.

Institusi pendidikan

Pelbagai institusi pendidikan dan pusat latihan yang terdapat di Bandar Baru Bangi serta kawasan sekitarnya:

  • Kolej Poly-tech MARA [KPTM]
  • Institut Perguruan Islam
  • Institut Latihan Maybank
  • Institut Latihan CIMB
  • Institut Latihan Public Bank
  • National Institute of Occupational Safety & Health (NIOSH)
  • NIOSH Certification
  • Universiti Tenaga Nasional
  • Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI)
  • German-Malaysian Institute (GMI)
  • Infrastucture University Kuala Lumpur (IUKL/KLIUC/IKRAM
  • Lembaga Perlesenan Sawit Malaysia (MPOB)
  • Akademi Percukaian Malaysia - LHDNM
  • MEA Technology Centre

Sekolah-sekolah

Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan

Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan

Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan Negeri

  • Sekolah Rendah Agama Integrasi Bandar Baru Bangi

Sekolah Persendirian